Saturday, 20 October 2012

BF-1


APAKAH BF-1
Bahan utama BF-1 mengandungi dedak gandum, bran beras, jagung, kacang soya dan lain-lain.
Ia diperkayakan dengan probiotik seperti Lactobacillus dan yis. BF-1 mengandungi asid asli organic dan pembuka selera asli.



APAKAH FAEDAH PENAPAIAN

  • ·  Mengurangkan penyakit dan kematian
  • ·  Meningkatkan pencernaan dan kadar serapan
  • ·  Mengurangkan kos makanan
  • ·  Perladangan mesra alam
  • ·  Meningkatkan kesihatan haiwan dan aktif
  • ·  Meningkatkan kualiti produk akuakultur, pengeluaran bebas pencemaran makanan haiwan


KELEBIHAN BF-1

  • ·  BF-1 adalah penapaian makanan tambahan untuk lembu dan kambing
  • ·  BF-1 mengandungi gandum, bran beras, jagung dan soya
  • ·  BF-1 diperkayakan dengan Lactobacillus dan yis mudah untuk pencernaan,menggemukkan haiwan
  • ·  BF-1 mengandungi asid organik semulajadi yang baik untuk kesihatan haiwan dan mencegah bakteria berbahaya tumbuh dalam usus
  • ·  BF-1 mengandungi pembuka selera semulajadi
  • ·  BF-1 membantu haiwan untuk meningkatkan kesihatan, mengurangkan penyakit dan kematian
  • ·  BF-1 mengurangkan bau busuk di ladang
  • ·  BF-1 meningkatkan kualiti produk akuakultur, menghasilkan produk yang bebas pencemaran


KEBAIKAN BF-1

 Harga palet PKC 1kg RM 0.66 , BF-1 adalah RM 0.56
 Mengandungi probiotik dan yis untuk pembesaran
 Mengurangkan bau najis
 Mengandungi asid organik asli
 Mengandungi pembuka selera asli







PEMBAHAGIAN DOSAGE



300 kg
ke bawah
500 kg
ke atas
Lembu daging
1kg-1.5kg
2kg-3kg
Lembu susu
1kg-2kg
2kg-3.5kg

20 kg
ke bawah
20 kg
ke atas
Kambing
daging
1kg-1.5kg
2kg-3kg

Silaj



MAKNA SILAJ

Silaj merupakan bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan di tempat yang kedap udara.Foder yang berkelembapan tinggi (65-75%) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobik) dalam jangkamasa yang lama bagi mengelakkan kerosakan. 

TUJUAN MEMBUAT SILAJ


Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan terutama di musim kemarau atau banjir.


KELEBIHAN SILAJ


• Lebih selera daripada rumput kering
• Tidak bergantung kepada cuaca
• Boleh disimpan lebih lama tanpa kerosakan
• Tidak mudah terbakar
• Kurang ruang penyimpanan


BAHAN UNTUK MEMBUAT SILAJ


o Rumput
• Semua jenis rumput terutama rumput gajah
o Lain – lain
• Bahan sampingan pertanian seperti pelepah sawit dan batang (stover) jagung


FAKTOR YANG DIPERLUKAN UNTUK SILAJ BERKUALITI


• Keadaan kedap udara untuk menjadi
  persekitaran anaerobik
• Kelembapan foraj 65-75%
• Cukup karbohidrat larut (>3%)
• Bahan boleh dimampat untuk menyingkir udara
• Bahan tidak tercemar dengan benda asing  seperti tanah.


PRINSIP PENYIMPANAN SILAJ


• Foraj disimpan dalam persekitaran pH
rendah(4.2) dan anaerobik di mana proses
biokimia dan aktiviti bakteria pengurai aerobik serta kulat akan terhalang.


CONTOH CARA PEMBUATAN SILAJ RUMPUT NAPIER 


1. Rumput napier 160 batang - 80kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 800 gram
3. Garam - 800 gram
4. Urea – 400 gram
5. Air – 3.2 kg
6. Additif - EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter

Kadar peratusan:-
1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari 

Pengenalan




PENGENALAN



KEADAAN SEMASA

Kebanyakkan ternakan ruminan di Negara Tropika, terutama di kawasan panas, biasanya hidup dengan memakan Foraj Tropika yang berkualiti rendah hampir sepanjang masa. Kaedah ini menyebabkan haiwan kekurangan tenaga, kerana kurang kadar pencernaan dari pengambilan jumlah makanan yang rendah. Keadaan ini menyebabkan protin didalam makanan yang diambil tidak mencukupi untuk pertumbuhan, kesuburan dan kesihatan haiwan ternakan.
Punca masalah ini adalah disebabkan kurang selera makan bagi haiwan tersebut kepada sumber makanan yang sedia ada.


DEFINISI TERNAKAN

Ternakan ialah haiwan yang dipelihara, dijaga sepenuh masa, diberi makanan dan minuman secukupnya, disediakan tempat perlindungan yang sesuai, dikawal taraf kesihatan daripada dijangkiti penyakit dan diubati jika terkena penyakit.

Terdapat dua spesis utama haiwan yang diternak,
1. Haiwan ruminan
2. Haiwan bukan ruminant


TERNAKAN RUMINAN

Merupakan jenis haiwan yang menceruh makanannya, mempunyai empat rongga perut, boleh memakan makanan daripada unsur foraj dan bahan serat yang lain. Makanan ini menjadi makanan utama kerana didalam rongga perut rumennya terdapat berbagai-bagai spesis bakteria yang boleh mencerna bahan serat. Bakteria ini amat penting bagi mengendalikan pelbagai fungsi pencernaan atau penghadamannya dan menjalankan proses metabolisma ke atas makanan yang dimakan. Antara haiwan yang tergolong dalam kumpulan ini adalah lembu, kerbau, kambing dan bebiri.