Saturday, 20 October 2012

Pengenalan




PENGENALAN



KEADAAN SEMASA

Kebanyakkan ternakan ruminan di Negara Tropika, terutama di kawasan panas, biasanya hidup dengan memakan Foraj Tropika yang berkualiti rendah hampir sepanjang masa. Kaedah ini menyebabkan haiwan kekurangan tenaga, kerana kurang kadar pencernaan dari pengambilan jumlah makanan yang rendah. Keadaan ini menyebabkan protin didalam makanan yang diambil tidak mencukupi untuk pertumbuhan, kesuburan dan kesihatan haiwan ternakan.
Punca masalah ini adalah disebabkan kurang selera makan bagi haiwan tersebut kepada sumber makanan yang sedia ada.


DEFINISI TERNAKAN

Ternakan ialah haiwan yang dipelihara, dijaga sepenuh masa, diberi makanan dan minuman secukupnya, disediakan tempat perlindungan yang sesuai, dikawal taraf kesihatan daripada dijangkiti penyakit dan diubati jika terkena penyakit.

Terdapat dua spesis utama haiwan yang diternak,
1. Haiwan ruminan
2. Haiwan bukan ruminant


TERNAKAN RUMINAN

Merupakan jenis haiwan yang menceruh makanannya, mempunyai empat rongga perut, boleh memakan makanan daripada unsur foraj dan bahan serat yang lain. Makanan ini menjadi makanan utama kerana didalam rongga perut rumennya terdapat berbagai-bagai spesis bakteria yang boleh mencerna bahan serat. Bakteria ini amat penting bagi mengendalikan pelbagai fungsi pencernaan atau penghadamannya dan menjalankan proses metabolisma ke atas makanan yang dimakan. Antara haiwan yang tergolong dalam kumpulan ini adalah lembu, kerbau, kambing dan bebiri.

No comments:

Post a Comment